Keputusan SPM 2023, ini cara semak mudah lagi pantas pada 27 Mei
Seramai 395,870 orang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2023 boleh mengetahui keputusan peperiksaan yang diambil pada Isnin, 27 Mei ini mulai pukul 10.00 pagi.
Semua calon boleh menyemak keputusan SPM masing-masing dengan mudah dan pantas secara dalam talian dan melalui sistem pesanan ringkas (SMS).
Kementerian Pendidikan (KPM) menerusi platform media sosial X memaklumkan semakan melalui SMS boleh dibuat dengan menaip SPM NoKP AngkaGiliran dan hantar ke 15888.
“Tahniah dan selamat maju jaya diucapkan kepada semua calon peperiksaan SPM Tahun 2023.
“Semakan dalam talian boleh dibuat menerusi laman sesawang myresultspm.moe.gov.my,” menurut KPM.
Sementara itu, mereka yang tiada akses capaian boleh hadir sendiri ke sekolah bagi mendapatkan keputusan.
Untuk rekod, SPM yang telah berlangsung pada 8 hingga 11 Januari lalu diduduki seramai 395,870 orang calon di 3,340 pusat peperiksaan seluruh negara.
BACA JUGA Maybank ‘panas’ jadi sebutan, ‘yang tolak dua kali tapi peniaga tak terima macam mana?’
Â