Klip CCTV rakam penyerang Faisal Halim kini tular, terkejut tengok keseluruhan kejadian

Nama pemain tonggak Selangor FC (SFC), Faisal Halim kembali menjadi perhatian susulan penularan video rakaman kamera litar tertutup (CCTV), yang dipercayai berkaitan dengan kejadian simbah asid terhadapnya.

Menerusi video berdurasi 56 saat itu, kelihatan sosok tubuh seperti Faisal Halim sedang berjalan menuju ke kenderaan yang dinaiki bersama isteri.

Dalam video itu kelihatan seorang lelaki berbaju hitam dan bertopi sedang menunggu di belakang sebuah kereta hitam.

Lelaki itu kemudiannya menyimbah cecair ke badan Faisal sebelum membonceng motosikal rakannya yang juga sedang menunggu di tepi jalan untuk melarikan diri.

Selepas pemain berusia 26 tahun itu terkena cecair yang disimbah, Faisal terus berlari menyelamatkan diri, manakala wanita dalam video yang dipercayai isterinya itu, cuba mengejar pelaku tersebut yang menaiki motosikal.

Bagaimanapun, kesahihan video tersebut tidak dapat dipastikan kerana tiada pengesahan lanjut daripada pihak berkuasa.

Namun, menurut pemerhatian pengamal media yang mengikuti tinjauan lokasi kejadian, kawasan tempat di dalam video tular itu sememangnya menggambarkan pintu masuk sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya di mana lokasi malang itu berlaku.

Pada 19 Mei lalu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengeluarkan fotofit suspek yang disyaki berusia lingkungan 30-an serta berketinggian 165 sentimeter.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, suspek juga mempunyai kulit sawo matang selain bersaiz badan sederhana.

BACA JUGA Faisal Halim dikawal ketat? Ini penjelasan SFC

Â