Pemilik resort dikompaun RM25,000 selepas tular pesta dosa ‘Aloha’

Kompaun maksimum RM25,000 akan dikenakan terhadap pemilik resort di di Pulau Lang Tengah , Terengganu yang menganjurkan pesta dosa ‘Aloha’.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri, Datuk Razali Idris, kompaun akan dikeluarkan pihak berkuasa tempatan (PBT) mengikut Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 2002.

“Kita sudah memanggil dan mendengar penjelasan pemilik resort dan didapati mereka melanggar peraturan mengikut seksyen berkenaan.

“Melalui penjelasan diberikan juga, kita dapati pemilik resort itu sudah menganjurkan pesta liar ‘Aloha’ sejak 10 tahun lalu.

“Namun, penganjuran ditangguhkan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 2020 dan 2021,” katanya, dipetik BH.

Sebelum ini, tular di media sosial sejumlah foto dan video selain poster ‘Aloha Party’ dengan imej ramai wanita berpakaian seksi termasuk berbikini.

BACA JUGA Klip CCTV rakam penyerang Faisal Halim kini tular, terkejut tengok keseluruhan kejadian