Cecair yang keluar di pintu rumah rupanya beri petunjuk mengejutkan
Tanda tanya jiran yang terbau sesuatu mencurigakan serta kesan cecair yang keluar melalui pintu hadapan rumah akhirnya terjawab.
Rupanya, sudah lebih dari dua hari mayat Cheong Kueh Ming, 60, berada dalam unit kediaman yang berkunci di sebuah rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Kota Damansara.
Mayat lelaki warga emas itu ditemui kira-kira jam 5.30 petang tadi.
Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Sungai Buloh, dikejarkan ke lokasi kejadian selepas dihubungi pihak polis.
“Pihak bomba yang menerima maklumat pada jam 5 petang membuka unit kediaman mangsa menggunakan peralatan khas.
“Pemeriksaan mendapati seorang mangsa lelaki didapati telah meninggal dunia di bahagian ruang tamu dan mayatnya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tambahnya, mangsa dilaporkan tinggal bersendirian dan mengalami masalah kesihatan.
BACA JUGA Selepas 12 hari ditidurkan, ini keadaan Adun Pas sekarang
Â