Selepas 12 hari ditidurkan, ini keadaan Adun Pas sekarang
Adun Pas, Wan Badariah Wan Saad yang dirawat dan ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar sejak 14 Mei lalu sudah sedar serta keadaannya semakin stabil.
Bagaimanapun Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mata Ayer daripada Pas itu masih dalam keletihan, kata Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli.
“Dia (Wan Badariah) sedar tetapi terlampau letih. Paru-paru masih ada jangkitan,” dipetik Bernama.
Wan Badariah, 47, mendapatkan rawatan dan ditidurkan pada petang 14 Mei di ICU, HTF.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Perlis berkenaan ditidurkan selepas mengalami komplikasi jantung dan paru-paru.
Sehubungan itu, portfolio Wan Badariah digalas dua Exco iaitu Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia dan Kemajuan Sukan Perlis, Wan Zikri Afthar Ishak dan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Perlis, Megat Hashirat Hassan.
BACA JUGA Kabinet bincang isu Latihan Ijazah Lanjutan Kepakaran 29 Mei ini
Â