Nurul Izzah buktikan dia bakal antara pimpinan negara

Oleh NORMAN RADZUAN

Kelmarin, delegasi kami tiba di KLIA jam 2 pagi. Perkara pertama saya lakukan makan tengahari ikan patin tempoyak di Bangi sebelum masuk pejabat. Nikmat makan masakan Melayu macam setahun tak jumpa.

Saya akan mulakan pengalaman 11 hari ke negara China. Ia bukan sekadar pengalaman tetapi menimbulkan reaksi keterujaan buat diri saya.

Bermula sebuah negara pertanian yang miskin, China sekarang berkembang menjadi entiti ekonomi kedua terbesar selepas Amerika dan gergasi sektor pembuatan.

Sebelum itu, saya berterima kasih kepada Nurul Izzah sebagai ketua delegasi kerana menyenaraikan saya sebagai salah seorang 50 anggota PKR dalam rombongan jemputan daripada kerajaan China.

Bukan kerana seronok dapat terbang ke China kerana saya sudah biasa travel tetapi pengalaman yang tidak dapat saya alami jika travel ke sini sebagai pelancong. Saya akan cerita dalam beberapa siri banyak perkara menarik untuk dikongsikan bersama.

Terlalu banyak yang boleh dipelajari dari negara China. Tidak hairan apabila begitu ramai pemimpin negara kita dan dunia berkunjung ke China sejak kebelakangan ini.

Penerbangan dari KL ke Beijing delegasi kami tiba awal pagi dan disambut layanan VIP. Sama ada di Beijing, Xi an dan Shenzhen saya tidak tahu bagaimana rupa dalaman lapangan terbang tersebut kerana kami turun dari tangga kapal terbang terus menaiki bas.

Dibawa ke bilik tetamu khas keluar terus menaiki bas. Bila sampai di hotel barulah kami diberi pasport masing-masing. Di Beijing kami menginap di Wanshou Hotel yang dimiliki oleh parti memerintah.

Cara kerajaan ini mengaturkan program sangat tersusun atau well organised. Sama ada tempat solat, makanan halal, kenderaan malah di kawasan luar bandar Xi an pintu-pintu tol dibuka dan setiap persimpangan polis akan memberi laluan khas untuk delegasi kami.

Seperti saya ceritakan chek-in terus salin baju pakai dress code dan kami terus di bawa untuk bertemu Minister IDCPC, Liu Jianchao.

Tahukah anda kerajaan China sangat menghormati Malaysia. Malah rata-rata sama ada pimpinan politik, pimpinan universiti mahupun korporat memuji perkembangan terbaru ekonomi Malaysia di bawah pimpinan PMX. Fantastik!

China mengikuti rapat perkembangan negara sebagai antara rakan dagang terbesar mereka. Apabila ekonomi Malaysia baik ia juga baik untuk negara China.

Seperti PMX, saya melihat Nurul Izzah memainkan peranan dalam mempromosikan negara kepada pimpinan China. Dia tidak kekok malah bersahaja walaupun berdialog dengan tokoh-tokoh hebat negara tersebut.

Malah, Izzah tidak kurang hebat seperti bapanya, sering bertanya mengenai peluang perniagaan, pertukaran teknologi dan pelaburan.

Walaupun jemputan ini tujuannya utk memperlihatkan kemajuan dan teknologi China tetapi Nurul Izzah mengambil peluang berperanan untuk membantu negara dengan menggalakkan sektor-sektor swasta yang ditemui untuk terus melabur ke negara kita.

BACA JUGA Tular dua wanita langkah kubur

Â