Tular dua wanita langkah kubur

Tular di media sosial tindakan biadab dua wanita melangkah kubur di sebuah tanah perkuburan yang tidak dinyatakan lokasinya.

Rakaman video berdurasi 37 saat itu mulanya dimuatnaik di akaun TikTok miliknya sebelum video sama turut dikongsikan di Facebook (FB) oleh pengguna lain.

Menerusi paparan itu, seorang wanita yang merakam video itu memberitahu rakannya mengenai dakwaan jika melangkah kubur, individu yang sudah meninggal dunia itu akan datang mencari orang yang berbuat demikian.

Rakannya kemudian bertanya mengenai dakwaan tersebut sebelum wanita yang merakam video itu memberitahu rakan perempuannya pasti akan marah jika kuburnya dilakukan perbuatan seperti itu.

“Kalau kau pun takkan kau tak marah orang langkah kubur kau,” katanya dalam video tular itu seolah-olah terkejut apabila melihat rakannya itu melangkah kubur tersebut.

Wanita berkenaan turut mengulangi perbuatan sama sekali lagi sebelum meminta rakannya itu juga melakukan tindakan sama biarpun pada mulanya individu berkenaan enggan melakukannya.

Bagaimanapun, rakannya itu turut melakukan perbuatan sama sebelum kedengaran berbual seolah-olah bimbang jika pemilik kubur berkenaan mencari mereka.

Ekoran menjadi kecaman orang ramai, video tersebut tiada di akaunnya dan dipercayai sudah dipadam.

BACA JUGA Jabatan Mufti Perak akan jawab kontroversi teks khutbah Jumaat