Rupanya ini sebab jemaah haji berusia 72 tahun meninggal dunia di Makkah
Seorang lelaki berusia 72 tahun meninggal dunia di sebuah hospital di Makkah akibat pembuluh darahnya pecah pada Jumaat lalu.
Allahyarham Abnil Hajar merupakan bakal jemaah haji dari Malaysia.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar memaklumkan, pihaknya menerima berita sedih itu dua hari lalu dan ia merupakan kematian pertama (bakal) jemaah haji melibatkan lelaki berusia 72 tahun itu.
“Kematian disebabkan pembuluh darahnya pecah,” katanya memetik Sinar Harian, hari ini.
Mohd Na’im berkata, Tabung Haji (TH) akan menyediakan perkhidmatan badal haji secara percuma kepada Allahyarham dan perkara berkenaan telah dimaklumkan kepada warisnya.
“Saya sendiri telah hubungi waris iaitu anak Allahyarham dan memaklumkan TH akan sediakan perkhidmatan badal haji untuk ayahnya,” ujar beliau lagi.
Badal haji adalah pelaksanaan ibadah haji untuk orang yang meninggal dalam keadaan belum haji dan ia juga dapat dilaksanakan bagi orang yang secara fisik sudah tidak mampu melaksanakannya.
BACA JUGA Jemaah haji dirai, Agong ucap selamat jalan