Selepas JDT bergelar juara bertahan 10 kali berturut-turut, ini yang penyokong dapat

Suasana kecoh berlaku selepas aksi Liga Super 2024-2025 antara Kuala Lumpur (KL) City dan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, semalam.

Sekumpulan individu yang tidak bertanggungjawab didakwa bertindak membaling batu, suar dan mercun ke arah penyokong Harimau Selatan di luar stadium itu.

Namun, tindakan kumpulan terbabit disedari oleh marsyal keselamatan stadium dan pihak berkuasa.

JDT yang juga juara bertahan Liga Super 10 kali berturut-turut meraih kemenangan besar dalam perlawanan itu apabila membenam KL City 5-1.

Sebelum ini, insiden seumpama itu berlaku selepas aksi KL City dan JDT apabila bas penyokong JDT dibaling batu dalam aksi Liga Super musim lalu.

BACA JUGA Jemaah haji dirai, Agong ucap selamat jalan