11,713 calon SPM 2023 raih semua A

SPM 2023 menyaksikan seramai 11,713 calon meraih keputusan cemerlang gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran.

Pencapaian itu lebih baik berbanding 10,109 calon pada SPM 2022.

Ketua Pengarah Pendidikan Azman Adnan berkata, pencapaian calon SPM bagi tahun 2023 di seluruh negara adalah lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Menurutnya, Gred Purata Nasional (GPN) yang dicatatkan ialah 4.60 mata.

GPN itu mencatatkan perbezaan sebanyak 0.14 mata, berbanding nilai 4.74 mata pada tahun 2022.

“Nilai GPN yang lebih kecil menunjukkan pencapaian calon yang lebih baik dalam kesemua mata pelajaran yang diuji,” katanya dalam Sidang Media Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2023 di Putrajaya.

Sebanyak 66 mata pelajaran mencatatkan peningkatan prestasi, 25 mata pelajaran mencatatkan penurunan dan 4 mata pelajaran menunjukkan prestasi tidak berubah.

Seramai 395,870 calon yang telah mendaftar bagi menduduki peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 2023 di 3,340 pusat peperiksaan seluruh negara.

Semakan keputusan SPM 2023 boleh dilakukan menerusi SMS boleh dibuat dengan menaip SPM NoKP AngkaGiliran dan hantar ke 15888.

Selain itu, calon juga boleh hadir sendiri ke sekolah masing-masing bagi mendapatkan keputusan.

BACA JUGA PM Anwar bakal sampai amanat sempena HAWANA 2024