PM Anwar bakal sampai amanat sempena HAWANA 2024

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka hadir pada majlis kemuncak sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024 yang berlangsung sejak kelmarin.

Amanat Perdana Menteri kira-kira jam 3 petang disusuli dengan penyampaian Anugerah HAWANA 2024 dan bantuan Tabung Kasih@HAWANA kepada penerima memerlukan.

Majlis itu akan turut dihadiri Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Kira-kira 1,000 tetamu terdiri daripada pengamal media tempatan serta antarabangsa memeriahkan HAWANA 2024 bertempat di sebuah hotel di Kuching.

Tarikh 29 Mei diwartakan sebagai Hari Wartawan Nasional sempena penerbitan edisi pertama akhbar Utusan Melayu pada 29 Mei 1939, bertujuan meraikan sumbangan pengamal media.

BACA JUGA Keputusan SPM boleh diketahui pagi ini