KWSP pindahkan hampir RM9 bilion ke Akaun Fleksibel

Kumpulan Wang Simpanan Wang Pekerja (KWSP) memindahkan sebanyak RM8.78 bilion membabitkan 2.86 juta permohonan pindahan amaun dari Akaun Sejahtera ke Akaun Fleksibel.

Jumlah itu setakat 22 Mei 2024, selepas pilihan itu dibuka kepada ahli pada 12 Mei lalu.

Menurut KWSP, sebanyak 3.04 juta permohonan Pengeluaran Akaun Fleksibel telah diluluskan membabitkan jumlah sebanyak RM5.52 bilion.

Menurut Ketua Pegawai Operasi KWSP, Sazaliza Zainuddin, KWSP menjangkakan jumlah permohonan untuk pemindahan amaun permulaan daripada Akaun Sejahtera mereka kepada Akaun Fleksibel akan terus meningkat sehingga tarikh tutup pada 31 Ogos 2024.

“Kami juga gembira melihat peningkatan ketara permohonan melalui aplikasi mudah alih KWSP i-Akaun.

“Ini mencerminkan usaha kami untuk meningkatkan pengalaman dan kebolehcapaian pengguna, di samping terus berinovasi dan mengembangkan penawaran digital,” katanya dalam satu kenyataan.

Ahli KWSP dibenar untuk memindahkan satu pertiga daripada baki simpanan mereka daripada Akaun Sejahtera ke Akaun Fleksibel mulai 12 Mei lalu hingga 31 Ogos nanti.

Pemindahan amaun awal ke Akaun Fleksibel adalah tertakluk kepada baki dalam Akaun Sejahtera ahli pada tarikh permohonan dibuat.

Pengeluaran minimum RM50 dari Akaun Fleksibel boleh dibuat pada bila-bila masa untuk sebarang tujuan.

BACA JUGA Kontrak kerajaan Selangor kepada syarikat suami Hannah Yeoh: Ini respon SPRM

Â