Mesyuarat khas SPR PRK DUN Sungai Bakap pada 6 Jun depan
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan satu mesyuarat khas bagi urusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, pada 6 Jun depan.
Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, SPR telah menerima pemakluman rasmi daripada Speaker DUN Pulau Pinang, Datuk Law Choo Kiang berhubung kekosongan luar jangka kerusi N.20 Sungai Bakap, Pulau Pinang.
”Sebagaimana diperuntukkan di bawah Fasal (5) Perkara 19 Perlembagaan Negeri Pulau Pinang, kekosongan luar jangka tersebut hendaklah diisi dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan kerusi tersebut dipastikan oleh SPR.
”Satu sidang media akan diadakan sejurus selepas mesyuarat khas itu,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.
Kekosongan kerusi DUN Sungai Bakap itu berikutan penyandangnya, Nor Zamri Latiff meninggal dunia pada 24 Mei lalu.
Pada Pilihan Raya Negeri Ke-15, Ogos lalu, Allahyarham yang juga Yang Dipertua (YDP) Pas Kawasan Nibong Tebal, telah menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), Nurhidayah Che Rose dengan majoriti 1,563 undi.
BACA JUGA KWSP pindahkan hampir RM9 bilion ke Akaun Fleksibel
Â