Isu suami menteri dapat kontrak: PM serah pihak berkuasa siasat
Perdana Menteri menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan berhubung isu pemberian kontrak oleh Kerajaan Selangor kepada syarikat milik bersama suami Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.
“Kalau ada laporan, (kena) ada siasatan dan patut ada penjelasan tentang prosesnya.
“(Proses) itu harus dianggap sebagai kes biasa yang patut disiasat,” katanya ringkas kepada pemberita pada Forum Global mengenai Ekonomi dan Kewangan Islam di ibu negara, hari ini.
Minggu lalu, Exco Selangor, Ng Sze berkata Asia Mobility Technologies Sdn Bhd adalah satu daripada dua syarikat yang dipilih untuk projek perintis Demand Responsive Transit (DRT dan sudah mendapat kelulusan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).
Suami Hannah, Ramachandran Muniandy adalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Asia Mobility.
Semalam, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki memaklumkan pihaknya tidak melihat sebarang kaitan dalam pemberian kontrak Projek Rintis DRT oleh kerajaan negeri Selangor itu dengan Menteri Belia dan Sukan.
Beliau berkata, jika satu kontrak yang tiada kena mengena dengan tugas (pihak yang dibangkitkan) maka ia bukanlah satu kesalahan, melainkan jika Kementerian Belia dan Sukan yang diterajui Hannah yang memberi kontrak itu kepada syarikat terbabit.
BACA JUGA Mat Sabu lancar buku Husam, beri gambaran hubungan baik
Â