Tolonglah Perdana Menteriku, kesian hobi kami geng pancing – ADUN Pas

Seorang wakil rakyat pembangkang mengundang sindiran ramai setelah memuat naik video meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk tidak melakukan penyasaran subsidi minyak diesel.

ADUN Chukai, Hanafiah Mat yang pernah tular dengan kes curah air oren ke atas nasi, memberi alasan bahawa penyasaran subsidi akan menyukarkan mereka yang mempunyai hobi memancing.

Antara alasan lain diberikan adalah kerana kasihan satu trip untuk memancing memakan kos sebanyak RM1,500 ke RM2,000.

“Datuk Seri Anwar, subsidi minyak jangan ditarik balik. Kesian dekat geng pancing. Satu trip ni antara RM1,500 ke RM2,000.

“Kami pun pergi suka-suka bukan pergi untuk cari pendapatan, tapi selepas penat bekerja kami pergi luangkan masa mengail sambil menenangkan diri

“Tolonglah jangan tarik subsidi minyak,” ujarnya dalam video TikTok tersebut.

Perkara tersebut mengundang perdebatan ramai kerana penyasaran subsidi dilakukan demi golongan B40 dan M40, bukan orang kaya yang mempunyai banyak duit.

Kata mereka, nelayan sememangnya bakal mendapat subsidi minyak diesal, maka permintaan ADUN Pas itu dianggap tidak memahami tujuan penyasaran subsidi dilakukan.

“Ayat ‘kami pun pergi bersuka-suka, bukan cari pendapatan’ pun dah menunjukkan tu sekadar hobi. Hobi orang berduit. Memang tak layak dapat subsidi. Ayat makan diri mat,” kata pengguna X.

“Subsidi untuk nelayan dia duk rompak buat hobi,” komen pengguna lain.

BACA JUGA Bakal dapat RM200 sebulan, pemilik kenderaan diesel boleh buat permohonan hari ini