‘Wagyu Bukan Sekadar Lembu’, Husam dedah kenapa buku seperti ini dihasilkan
Pengarang buku ‘Wagyu Bukan Sekadar Lembu’, Datuk Husam Musa tampil mendedahkan mengapa beliau berhasrat menghasilkan karya berkenaan.
Katanya, tujuan utama beliau menulis buku itu adalah untuk meneroka perspektif baharu dalam dunia penternakan dan pertanian.
“Wagyu bukan sahaja mengenai lembu, tetapi mengenai sejarah. Sejarah bagaimana benih yang lebih baik dapat dihasilkan.
“Ia adalah sains dan satu budaya tinggi. Ia juga merupakan sebuah penerokaan yang kreatif.
“Ciri-ciri seperti itulah yang kita mahu bina kepada dunia pertanian negara untuk abad akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucaptama majlis pelancaran buku itu di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, hari ini.
Buku tersebut telah dilancarkan oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu.
Dalam ucapan perasmiannya, Mohamad menyifatkan buku berkenaan penuh dengan ilmu dan penternakan wagyu.
“Perkongisannya lengkap daripada segi aspek khasiat, penjagaan, kos penternakan dan sebagainya.
“Saya harap buku seperti itu perlu diperbanyakkan lagi dalam pasaran tempatan.
“Ia bertujuan untuk meluaskan lagi ilmu terutamanya tentang penternakan dan pertanian bagi melahirkan generasi kemahiran,” ujar beliau yang juga Presiden AMANAH.
BACA JUGA Mat Sabu lancar buku Husam, beri gambaran hubungan baik
Â