Fahami dulu betapa ‘lumayan’ seludup diesel sebelum bangkang subsidi bersasar
Oleh AHMAD MURSI
Untuk penyeludup diesel dapat RM10,000, hanya perlu angkut 4,500 liter dan jual rendah sedikit dari harga pasaran di Thailand.
Beza harga diesel di Malaysia (RM2.15) dan Thailand (RM4.45) ialah RM2.30 seliter. Margin 106 peratus untuk penyeludup dan peruncit.
Kini di sempadan Malaysia-Thailand, RM1.2 juta diesel bersubsidi diseludup setiap hari.
Satu pickup atau MPV dengan tangki yang diubahsuai (1m x 1m x 1m) boleh bawa sehingga 1,000 liter sehari.
Secara purata 10 trip sehari boleh dibuat untuk hantar ke stor di Hatyai dengan jarak 30km dari sempadan.
Di lautan pula, satu trip kapal atau trawler (bot nelayan) penyeludup boleh diisi antara 120,000 hingga 170,000 liter per trip.
Tentera Thailand pernah rampas 300,000 liter (RM645,000) dalam dua trawler. Itu pun sudah RM480,000 subsidi bocor. Keuntungan jualan boleh cecah RM555,000.
RM10 bilion subsidi mengalir keluar pada tahun 2022. Hanya kerajaan bodoh sahaja akan terus biarkan. Baik duit itu diguna untuk kebajikan rakyat.
Hal ini jadi parah dalam 15 tahun terakhir. Banyaklah sebab. Isu kawalan, penguatkuasaan, isu integriti dan lain-lain.
Adakah pembangkang PN-Pas tidak tahu hal ini? Tahu kerana mereka pun pernah jadi kerajaan Tebuk Atap tapi makan gaji buta. Hanya pandai bercakap.
Jadi, kenapa kini PN-Pas bangkang subsidi bersasar? Nak popular sebab tak ramai rakyat yang tahu kisah ketirisan ini.
Adakah subsidi DIHAPUSKAN seperti didakwa? Tidak, tetapi subsidi dibayar berasingan dengan harga diesel terus ke poket pengguna yang sepatutnya. Ini subsidi bersasar.
Program subsidi bersasar tentulah tidak 100 peratus sempurna pada awal pelaksanaan dan ada kelemahan yang timbul dan di luar jangka.
Namun, apa yang penting, ia dimulakan dan dibaiki secara berterusan.
BACA JUGA Lima kumpulan kongsi gelap lumpuh, 21 diberkas tapi seorang daripadanya masuk IJN
Â