Penantian laporan penuh nahas helikopter TLDM, ini kata Fahmi
Laporan penuh nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang mengorbankan 10 pegawai dan anggotanya pada 23 April lalu, akan dikeluarkan esok.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, jemaah menteri hari ini dimaklumkan mengenai status laporan penuh nahas itu.
Katanya, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin telah memaklumkan kepada jemaah menteri status terkini laporan nahas berkenaan.
“(Khaled) memaklumkan, laporan telah siap dan akan diterbitkan esok… boleh nantikan pengumuman penuh hasil siasatan nahas helikopter itu,” katanya lapor FMT, hari ini.
Dalam nahas tersebut, seramai 10 kru dilaporkan terkorban melibatkan dua helikopter TLDM yang bertembung ketika sedang menjalani raptai Perbarisan Hari TLDM ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut, Perak.
Dua helikopter yang terdiri model HOM-AW139 dan Fennec itu berlepas dari Padang Sitiawan pada jam 9.03 pagi.
BACA JUGA Penyokong dakwa Ronaldo ucap bismillah sebelum ambil sepakan percuma