Jabatan Pertanian Malaysia lakar pencapaian membanggakan di Geneva dapat perhatian Mohamad
Sistem GeoTanaman yang merupakan inovasi Jabatan Pertanian Malaysia (JPM), dinobatkan sebagai pemenang utama Kategori C13 Aplikasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)-Faedah Dalam Keseluruhan Kehidupan: E-Pertanian sempena World Summit on the Information Society (WSIS) Prizes 2024.
Kejayaan membanggakan yang dilakar di Geneva, Switzerland pada Selasa lalu itu turut mendapat perhatian Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu.
Susulan itu, beliau merakamkan ucapan tahniah kerana berjaya mencipta nama dalam pertandingan di pentas antarabangsa.
”Tahniah kepada Jabatan Pertanian Malaysia melalui GeoTanaman kerana diumumkan sebagai pemenang utama World Summit on the Information Society (WSIS) Prizes 2024, Geneva,” tulis beliau dalam satu catatan di Facebook.
Di ruangan komen Facebook Mohamad atau dikenali Mat Sabu, warga maya juga tidak melepaskan peluang mengucapkan tahniah kepada kementeriannya, JPM dan semua yang terlibat.
”Tahniah YB Abang Mat dan Jabatan Pertanian. Terus berusaha memajukan ekonomi sektor pertanian Malaysia.
”Terbaik pak mat…. teruskan usaha mentransformasikan bidang pertanian menjadi bidang utama dalam negara…
”Tahniah Abg Mat dan kementerian,Syukur Alhamdulillah,” demikian tulis warga maya kepada Mohamad yang juga Presiden AMANAH.
Menurut Facebook JPM, WSIS merupakan satu platform global dalam mengenal pasti dan mempamerkan kejayaan pengaplikasian WSIS Action Lines dan Sustainability Development Goals (SDGs).
Sebanyak 1,049 projek dari 104 negara seluruh dunia telah menghantar penyertaan
bagi menyertai pertandingan WSIS Prizes 2024.
Sistem GeoTanaman Jabatan Pertanian merupakan wakil tunggal Malaysia yang menjadi pemenang utama dengan undian melebihi 2.2 juta undi.
Pemilihan pemenang adalah hasil penilaian pakar dan undian secara dalam talian dari serata dunia.
Ketua Pengarah Pertanian, Datuk Nor Sam Alwi menyifatkan kemenangan itu adalah satu pengiktirafan besar dunia kepada Malaysia terutamanya dalam merealisasikan aspirasi untuk memastikan kecukupan bekalan makanan dan penyediaan perkhidmatan pertanian secara elektronik yang berkualiti untuk pembangunan sektor agromakanan negara.
BACA JUGA Laporan rasmi keluar, terjawab akhirnya punca dua helikopter TLDM berlanggar
Â