Pelaburan Google RM9.4 bilion, Kerajaan Madani diyakini walaupun diganggu ‘kerengga’
Oleh AHMAD MURSI
Keyakinan pelabur terhadap PMX dan Kerajaan Madani ‘membuak-buak’.
Sebab itu perlunya kerajaan stabil yang mesra pelaburan seperti hari ini. Bukan kerajaan yang boleh beri alasan diganggu ‘kerengga’ untuk tak buat kerja.
Dengan pusat data Google ini, Malaysia akan menyertai 11 negara lain dan Wilayah Google Cloud pula akan memasukkan Malaysia bersama 40 wilayah dan 120 zon lain.
Ini meningkatkan status negara kita sebagai hab teknologi penting untuk pengguna seluruh dunia.
Alhamdulillah, kita bersyukur dengan berita baik ini selepas sebelum ini kita dianggap kuasa besar semikonduktor di Asia Tenggara dengan pelaburan mencurah-curah masuk.
Paling penting untuk rakyat, sebanyak 26,500 peluang kerja merentasi pelbagai sektor termasuk penjagaan kesihatan, pendidikan dan kewangan dengan jumlah impak ekonomi berjumlah RM15.04 bilion.
Kerjasama dengan institusi pendidikan tempatan pula akan meningkatkan kemahiran digital dan teknikal anak-anak kita.
Berita ini tentulah akan turut menarik minat syarikat teknologi global yang lain untuk melabur.
Ini mempercepatkan transformasi digital dalam kehidupan seharian rakyat serta pelbagai industri dengan kemudahan cloud serta kecerdasan buatan (AI).
Malaysia kini jadi negara pengguna eWallet tertinggi di dunia dengan 63% rakyat menggunakannya.
Ingat dulu, walaun mengejek pemberian eWallet RM30 kerajaan PH? Lain kali fikirlah lebih panjang. Inisiatif itu untuk menyediakan rakyat Malaysia beradaptasi dengan teknologi digital.
Apabila PMX bersama MITI terbang ke luar negara, berdialog, berforum, berceramah, pembangkang kata itu membazir duit negara. Walhal, itu semua bertujuan menarik pelabur dan mendengar apa keperluan mereka.
Tahun 2023, kita menerima pelaburan TERBESAR dalam sejarah. Kepercayaan pelabur melonjak drastik selepas PMX dilantik dan Kerajaan Perpaduan ditubuhkan.
Semoga momentum ini akan terus dapat dikekalkan.
Kesan perancangan ekonomi Madani mungkin tidak segera terlihat, tetapi akan disedari rakyat kelak.
InsyaAllah. Yang penting terus bergerak walaupun diganggu ‘kerengga’ dalam kalangan walaun, pembangkang dan Khawarij.
BACA JUGA Sudahlah pendapatan tidak menentu, Cliff Umar rupanya miliki heroin
Â