Subsidi bersasar: Apa beza PM Anwar dengan empat PM lain?

Oleh NAJIB BAKAR

Perdana Menteri 6, 7, 8, 9, 10. Apa persamaan mereka? Kesemua mereka bercakap tentang subsidi bersasar.

Tapi seperti PM9, Ismail Sabri sebut dalam Parlimen,

“Dari segi subsidi bersasar saya telah pun sebutkan tadi.

Bermula daripada beberapa kerajaan tapi sampai sekarang masih belum boleh dilaksanakan.

Kerajaan hari juga pun telah sedang merangka subsidi bersasar tapi mekanismenya supaya tidak ada yang tercicir dan tidak ada tertinggal.”

Satu saja yang berbeza di antara mereka berlima.

Hanya PMX saja tetap kekal dengan keputusan laksanakan subsidi bersasar, tiada uturn.

Sebab beliau tahu, unjuran yang diberi dari data-data penjawat awam.

Kalau tak buat sekarang, masa depan anak cucu kita akan lebih rumit dengan bebanan hutang yang ditinggalkan.

Nak buat keputusan besar macam ni bukannya mudah.

Perlu tekad politik (political will) yang tinggi, dan omputih kata big balls.

Sebab kesan amarah rakyat itu satu kemungkinan yang tak dapat dielak.

Dan, tiada mana-mana politikus yang boleh kata mereka menolak subsidi bersasar, termasuk PAS walaupun mereka tak pernah jadi PM.

Ini kerana mereka pernah menjadi anggota Kabinet di zaman PM8 dan 9.

Keputusan Kabinet adalah keputusan kolektif dan bersama. Jadi, jangan nak tai chi pelepas diri.

Kita akhirnya kena terima, zaman subsidi pukal telah berakhir.

Lagi cepat kita terima hakikat ini, lebih cepat kita sesuaikan diri.

Negara seperti Thailand dan Indonesia yang pendapatan rakyatnya lebih rendah dari kita pun tiada subsidi bahan api.

Pendekatan yang diambil Malaysia dengan bantuan tunai bulanan subsidi diesel itu insya Allah membantu.

Pengangkutan perniagaan yang menggunakan diesel masih terus mendapat harga subsidi.

Banyak pelaburan-pelaburan yang sedang dibawa masuk, dasar-dasar baru berkaitan gaji, artificial intelligence, peralihan tenaga, KL sebagai top 20 hab startup dunia, dan dibantu kadar inflasi yang stabil.

We are getting through this together. And we will succeed.

BACA JUGA Sokong perintah ICJ henti serangan di Rafah, majoriti Ahli DUN Pulau Pinang berdiri nyatakan sokongan