Dulu perlekeh PH bagi RM30, sekarang rakyat Malaysia pengguna tertinggi Ewallet
Melihat impak positif pembayaran tanpa tunai, kerajaan pada 2020 telah mengagihkan sebanyak RM30 kepada 15 juta rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas melalui Ewallet.
Inisiatif dikenali sebagai inisiatif e-Tunai Rakyat melalui Ewallet itu untuk mempercepatkan ke arah proses digitalisasi, selain bertujuan untuk terus mempupuk budaya pembayaran tanpa tunai.
Bagaimanapun usaha itu banyak menerima kecaman, dengan pembangkang memainkan soal kecurian data melalui Ewallet.
Antaranya adalah wakil rakyat Pas yang menimbulkan persepsi seolah-olah rakyat Malaysia perlu menjual data peribadi kepada kerajaan sebagai imbalan untuk mendapatkan RM30 e-tunai secara ‘one-off’.
Bagaimanapun setelah empat tahun berlalu, Malaysia kini dilaporkan berada di tangga pertama di dunia yang paling ramai menggunakan dompet mudah alih (Ewallet), dengan 63 peratus rakyat negara ini menggunakan kemudahan tersebut untuk membeli-belah.
Platform teknologi kewangan global, Adyen melaporkan ia adalah kadar penggunaan tertinggi di seluruh dunia.
Menurut Adyen Index 2024, tinjauan tersebut dibuat pada 15 Januari hingga 1 Februari yang lalu – berdasarkan laporan runcit daripada lebih 38,000 pembeli, 13,000 peniaga di 26 pasaran, 1,000 pengguna dan 500 perniagaan di Malaysia.
Jelas platform itu, pengguna di negara ini sedang beralih dari dompet fizikal dengan 41 peratus kini bergantung kepada kemudahan pembayaran mudah alih seperti sentuh dan bayar.
Mengenai populariti urus niaga sosial dalam kalangan pengguna, indeks itu menunjukkan bahawa 73 peratus rakyat Malaysia menggunakan media sosial untuk membeli-belah, jauh lebih tinggi daripada purata global sebanyak 44 peratus.
BACA JUGA Pelaburan Google RM9.4 bilion, Kerajaan Madani diyakini walaupun diganggu ‘kerengga’