Kerajaan sebenarnya bukan mansuh subsidi diesel, ini cerita sebenar untuk faham
Persepsi yang tersebar mendakwa kerajaan sebenarnya sedang memansuhkan subsidi diesel adalah tidak tepat.
Sebaliknya, subsidi itu sedang disasarkan semula kepada golongan yang benar-benar layak iaitu B40 dan M40 bagi menangani isu ketirisan subsidi yang berlaku sekian lama.
Kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali subsidi diesel kini disalurkan secara bersasar melalui dua kaedah.
Kaedah pertama membabitkan subsidi harga runcit di stesen minyak kepada 33 jenis pengangkutan awam dan barangan melalui Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS).
Kaedah kedua pula menerusi subsidi bantuan tunai RM200 kepada isi rumah yang menggunakan kenderaan diesel bagi kategori individu atau agrikomoditi melalui Program Bantuan Subsidi MADANI (BUDI MADANI).
“Saya ingin ulangi dan betulkan persepsi yang sebut bahawa kerajaan nak hapuskan subsidi diesel…
“Kita (kerajaan) tidak mansuhkan, tetapi disasarkan melalui dua kaedah ini,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri Hari Terbuka SKDS 2.0, semalam.
Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan Isnin lepas berkata program BUDI MADANI melengkapi usaha sedia ada kerajaan dalam menyasarkan subsidi diesel, melalui sistem MySubsidi Diesel kendalian Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
Program BUDI MADANI dikhususkan kepada pemilik kenderaan diesel persendirian bagi individu, petani kecil dan pekebun kecil komoditi daripada golongan B40 dan M40 di Semenanjung manakala SKDS melibatkan 23 jenis pengangkutan barangan yang bertujuan menyediakan mekanisme bagi penyasaran semula subsidi diesel.
BACA JUGA Dulu perlekeh PH bagi RM30, sekarang rakyat Malaysia pengguna tertinggi EwalletÂ