Orang Melayu ditipu Melayu, tanah rizab pun digadai bangsa sendiri

OLEH NORMAN RADZUAN

Rosaknya negara bukan kerana bangsa asing. Tanah Melayu digadai bangsa sendiri

Sejak sekian lama apabila tanah rizab Melayu semakin menguncup, ia bukan angkara bangsa Cina, India dan lain-lain tetapi angkara bangsa sendiri.

Orang Melayu sejak sekian lama ditipu atas nama Melayu. Orang Melayu sejak sekian lama ditipu atas nama agama. Akhirnya bumi dipijak milik orang kerana bangsa Melayu dan penunggang agama.

Apa bukti? Masih ingat Pas desak kerajaan kembalikan peruntukan sekolah tahfiz dan sekolah agama apabila ditarik oleh Mahathir pada tahun 2017. 

Tapi bila mereka memerintah 33 bulan ada mereka berikan peruntukan tersebut?

Apa umat Islam Melayu ini dapat waktu Pas memerintah dulu? Yang mereka dapat Pas bekerjasama dengan Mahathir yang menarik peruntukan tersebut. 

Akhirnya Datuk Seri Anwar yang mereka hina siang dan malam tanpa Pas mendesak telah kembalikan geran bantuan Sekolah Agama Rakyat bawah Jakim.

Begitu juga waktu jadi pembangkang dihimpun umat Melayu ke Padang Merbok untuk bawa RUU355. 

Bila mereka perintah 33 bulan ada mereka sekurang-kurangnya bawa usul untuk RUU355? 

Akhirnya Datul Seri Anwar minta menteri Agama bagi pihak kerajaan membawa usul RUU355 ke Parlimen tahun ini. 

Yang kita dapat cabutan judi dinaikkan oleh kerajaan bersama Pas. 

Akhirnya Anwar menurunkan kembali cabutan bertuah itu kerana ia tidak baik untuk kesejahteraan rakyat.

Bila kerajaan tidak berikan peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang dikatakan zalim bila Muhyiddin lakukan perkara yang sama tidak zalim. 

Begitulah mengenai minyak subsidi bersasar. Ketika zaman Muhyiddin dan Ismail Sabri, kedua-dua PM itu sudah mengeluarkan kenyataan betapa perlunya subsidi bersasar dilaksanakan kerajaan. 

Tetapi kedua mereka tidak berani untuk melaksanakannya.

Bila kedua bekas PM itu mengeluarkan kenyataan bermakna formula itu baik untuk selamatkan negara. 

Kenapa bila PMX mahu lakukan dianggap zalim?

Kalau orang Melayu cukup menggunakan separuh akal yang ada, mereka sudah dapat melihat bagaimana agama ini ditunggang begitu hina sekali. 

Bukan sahaja dapat melihat agama dipergunakan malah rakyat diperbodohkan minda hanya untuk kepentingan politik.

Semalam kita dengar pegawai pejabat tanah menipu 649.2 hektar tanah rizab Melayu di Perak. 

Hilang begitu sahaja tanah yang begitu luas kerana ada yang sanggup menipu hak milik tanah rizab tersebut.

Seperti biasa bab salah guna kuasa ini tidak perlu disebut nama atau wajah, saya sudah tahu Type M dan barangkali + MW juga. 

Siapa yang gadai tanah Rizab Melayu tu adakah Anthony Loke… bukan! 

Sejak dulu bukan bangsa Cina tetapi bangsa Melayu-Melayu lah yang ada kuasa menggadaikannya. 

Sejak zaman kesultanan Melaka hingga Mat Kilau bangsa Melayu sendirilah yang menghancurkan bangsanya sendiri.

Mereka hanya ‘kambing hitam’ kan bangsa-bangsa lain untuk menghalalkan cara atau divert issue daripada isu yang sebenarnya. 

BACA JUGA Kerajaan sebenarnya bukan mansuh subsidi diesel, ini cerita sebenar untuk faham

Â