4 Perdana Menteri cakap benda sama tapi Anwar je yang tak takut nak buat

Tempoh satu tahun tujuh bulan bukan masa yang begitu panjang namun Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berani merasionalisasikan subsidi bahan api dan mengenepikan segala langkah populis.

Beliau tidak seperti empat pemimpin sebelumnya yang boleh dikatakan hanya mengambil jalan selamat. 

Sudah sampai masanya untuk seseorang mengakhiri ketirisan daripada subsidi diesel ini kerana kerajaan telah menanggung kerugian yang besar sebanyak RM4.5 juta sehari.

Kerajaan juga membelanjakan RM1 bilion setiap bulan untuk subsidi bahan api diesel. 

“Semua Perdana Menteri cakap benda sama tapi mereka takut nak laksana sebab takut hilang undi. PMX berani buat dan dia tak peduli orang sokong atau tidak,”.

Demikian pendapat salah seorang rakyat Malaysia yang bersetuju dengan langkah besar diumum Putrajaya.

Mengimbas kembali 10 tahun lalu pada 2014, kerajaan BN yang diketuai Datuk Seri Najib Razak pernah mencadangkan subsidi bersasar selepas melihat kepentingan pelaksanaan itu untuk golongan yang lebih memerlukan.

Era Tun Mahathir pada 2019 juga menekankan keperluan subsidi bersasar kerana subsidi pukal banyak menguntungkan golongan kaya. 

Sementara di era pemerintahan Tan Sri Mahiaddin Md Yasin, beliau mengakui subsidi bersasar mampu memberi penjimatan sebanyak RM20 billion setahun.

Ketika itu cadangnya, hanya golongan sasar dalam kumpulan B40 dan B60 sahaja berhak menerima subsidi.

Begitupun Mahiaddin dalam kenyataannya minggu ini, mendakwa pengumuman Anwar ibarat beban yang bertimpa-timpa ke atas rakyat.

Pemerintahan kemudian bertukar tangan kepada Datuk Seri Ismail Sabri pada 2022.

Nampak sedikit ‘progress’ apabila kerajaan ketika itu dilapor sedang mencari mekanisme terbaik untuk merangka subsidi bersasar.

Pun begitu ia tidak juga dilaksanakan.

BACA JUGA Pas bersedia letak calon di 7 kerusi Bersatu jika PRK diadakan? Ini reaksi warga maya

Â