Gempar ibu bapa Zayn Rayyan tiba-tiba ditahan, ini respon pihak polis

Selepas lebih lima bulan tidak menjumpai petunjuk baharu, polis dilaporkan telah menahan ibu bapa kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, yang meninggal dunia akibat dibunuh di Damansara Damai.

Menurut laporan media tempatan, pasangan suami isteri itu ditahan di sekitar Puncak Alam kira-kira jam 11 pagi.

Bagaimanapun butiran berkaitan penahanan terbabit belum diperoleh setakat ini, lapor Sinar Harian.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan tangkapan tersebut.

Pada 6 Disember lalu, Zayn Rayyan ditemui meninggal dunia di anak sungai, berhampiran kawasan Apartmen Idaman, Damansara Damai pada jam 10 malam.

Mayat mangsa ditemui oleh kumpulan penduduk yang menjalankan operasi mencarinya.

Mangsa sebelum ini dilaporkan hilang di kawasan kediamannya sebelum ditemui terbaring di sungai yang jaraknya kira-kira 200 meter dari blok kediamannya.

Polis mengesahkan mangsa dipercayai dibunuh susulan hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher dan tubuh kanak-kanak yang mempunyai kaitan akibat perbuatan jenayah.

BACA JUGA 4 Perdana Menteri cakap benda sama tapi Anwar je yang tak takut nak buat

Â