Hannah Yeoh tampil bersuara, terjawab akhirnya kenapa lama mendiamkan diri

Selepas hampir seminggu berdiam diri, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh akhirnya tampil bersuara mengenai isu yang melanda beliau dan suami selepas syarikat suaminya dilibatkan dalam projek pengangkutan di Selangor.

Hannah dalam satu hantaran di Instagram berkata, beliau mengalu-alukan siasatan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkenaan pemberian kontrak Projek Rintis Demand Responsive Transit (DRT) kepada Asia Mobility Technologies Sdn Bhd iaitu syarikat milik suaminya.

 Dalam hantaran itu beliau menantikan untuk melihat kebenaran isu tersebut.

“Saya mengalu-alukan siasatan SPRM mengenai projek DRT Selangor. Sekarang siasatan telah bermula, saya mahu melihat kebenaran daripada siasatan ini. Malaysia berhak untuk tiada yang kurang,” katanya.

Atas sebab itu katanya, adalah tidak wajar untuk beliau mengulas perkara itu kerana ia boleh ditafsirkan sebagai mengganggu siasatan yang sedang dijalankan. 

“Sebenarnya atas sebab inilah saya tidak berkata apa-apa lebih awal kerana pada pandangan saya cara terbaik untuk menangani isu tersebut adalah dengan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat nya.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah menghubungi saya dan solidariti (untuk saya),” katanya lagi.

Terdahulu, kerajaan Selangor menjelaskan pihaknya tidak pernah memberikan kontrak berkait projek DRT kepada satu syarikat sahaja.

Sebaliknya, Exco Selangor, Ng Sze Han berkata kerajaan telah melantik dua syarikat untuk proses pembuktian konsep (POC) untuk dilaksanakan selama sembilan bulan terlebih dahulu.

Syarikat tersebut adalah Asia Mobility Sdn. Bhd dan Badan Bas Coach Sdn. Bhd.

Jelas Ng, proses penglibatan kedua-dua syarikat yang menyertai proof of concept dibuat secara proses Request-for-Proposal (RfP) dan bukan rundingan terus seperti yang didakwa segelintir pihak.

BACA JUGA Pengaruh PH tiga penggal di Sungai Bakap peluang cerah rampas kerusi PN

Â