Rupa-rupanya penahanan ibu bapa Zayn Rayyan hasil risikan polis sejak hari pertama kejadian

Polis mendedahkan penahanan ibu bapa kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin semalam adalah berdasarkan risikan polis yang dilakukan sejak hari pertama kejadian berlaku sehingga kini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, penahanan itu dilakukan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Bagaimanapun polis masih lagi menyiasat motif pembunuhan kanak-kanak berkenaan.

“Mereka berdua (ibu bapa) direman seminggu bermula hari ini dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

“Penangkapan mereka berpandukan hasil risikan sejak hari kejadian lagi sehingga sekarang,” katanya seperti dilapor Harian Metro.

Maklumat lanjut setakat ini masih belum dapat didedahkan lagi.

“Ibu bapa terbabit ditahan 10.05 pagi semalam oleh Jabatan Siasatan Jenayah D9 (Siasatan Khas) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor.

“Mereka direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sementara itu, menurut sumber, siasatan ke atas suspek dijalankan sejak enam bulan lalu bagi mengumpul bukti pembabitan mereka.

“Selepas risikan dijalankan dan menemui perkembangan baharu polis menahan ibu bapanya semalam,” katanya.

BACA JUGA Gempar ibu bapa Zayn Rayyan tiba-tiba ditahan, ini respon pihak polis

BACA JUGA Terkini: Ini tempoh tahanan reman dihadapi ibu bapa Zayn Rayyan