Apa umat Islam Melayu dapat waktu Pas memerintah dulu?
Oleh NORMAN RADZUAN
Sejak sekian lama apabila Tanah Rizab Melayu semakin menguncup bukan angkara bangsa Cina, India dan lain-lain tetapi angkara bangsa sendiri.
Orang Melayu sejak sekian lama ditipu atas nama Melayu. Orang Melayu sejak sekian lama ditipu atas nama agama. Akhirnya, bumi dipijak milik orang kerana bangsa Melayu dan penunggang agama.
Apa bukti? Masih ingat Pas desak kerajaan kembalikan peruntukan sekolah tahfiz dan sekolah agama apabila ditarik oleh Mahathir pada tahun 2017?
Namun, apabila mereka memerintah 33 bulan ada mereka berikan peruntukan tersebut?
Apa umat Islam Melayu ini dapat waktu Pas memerintah dulu? Yang mereka dapat Pas bekerjasama dengan Mahathir yang menarik peruntukan tersebut.
Akhirnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mereka hina siang dan malam tanpa Pas mendesak telah mengembalikan geran bantuan Sekolah Agama Rakyat bawah Jakim.
Begitu juga waktu jadi pembangkang dihimpun umat Melayu ke Padang Merbok di Kuala Lumpur untuk bawa RUU355.
Apabila mereka memerintah 33 bulan ada mereka sekurang-kurangnya bawa usul untuk RUU355?
Akhirnya, Datuk Seri Anwar minta Menteri Agama bagi pihak kerajaan membawa usul RUU355 ke Parlimen tahun ini.
Yang kita dapat cabutan judi dinaikkan oleh kerajaan bersama Pas. Akhirnya, Datuk Seri Anwar menurunkan kembali cabutan bertuah itu kerana ia tidak baik untuk kesejahteraan rakyat.

Apabila kerajaan tidak memberikan peruntkan kepada MP pembangkang dikatakan zalim. Apabila Muhyiddin lakukan perkara yang sama tidak zalim.
Begitulah mengenai minyak subsidi bersasar. Ketika zaman Muhyiddin dan Ismail Sabri kedua-dua PM itu sudah mengeluarkan kenyataan betapa perlunya mengenai subsidi bersasar dilaksanakan kerajaan. Tetapi kedua-dua mereka tidak berani untuk melaksanakannya.
Apabila kedua-dua bekas PM itu mengeluarkan kenyataan bermakna formula itu baik untuk selamatkan negara. Kenapa apabila PMX mahu lakukan dianggap zalim?
Kalau orang Melayu cukup menggunakan separuh akal yang ada, mereka sudah dapat melihat bagaimana agama ini ditunggang begitu hina sekali.
Bukan sahaja dapat melihat agama dipergunakan malah rakyat diperbodohkan minda hanya untuk kepentingan politik.

Baru-baru ini kita dengar Pegawai Pejabat Tanah menipu 649.2 hektar Tanah Rizab Melayu di Perak.
Hilang begitu sahaja tanah yang begitu luas kerana ada yang sanggup menipu hak milik Tanah Rizab Melayu.
Seperti biasa bab salah guna kuasa ini tidak perlu disebut nama atau wajah, saya sudah tahu Type M dan barangkali + MW juga.
Siapa yang gadai tanah Rizab Melayu itu, adakah Anthony Loke? Bukan! Sejak dulu bukan bangsa Cina tetapi bangsa Melayu yang ada kuasa menggadaikannya.
Sejak zaman Kesultanan Melaka hingga Mat Kilau bangsa Melayu sendirilah yang menghancurkan bangsanya sendiri.
Mereka hanya ‘kambing hitamkan’ bangsa-bangsa lain untuk menghalalkan cara atau divert issue daripada isu yang sebenarnya.
BACA JUGA Penalti masuk tanpa permit haji mula dikuatkuasa
Â