Penalti masuk tanpa permit haji mula dikuatkuasa

Berkuatkuasa hari ini, pihak Keselamatan Awam Arab Saudi menguatkuasakan penalti bagi mereka yang melanggar peraturan dengan memasuki kawasan larangan tanpa permit haji.

Lokasi terbabit ialah Makkah, wilayah tengah, stesen kereta api Haramain, pusat kawalan keselamatan, pusat pengasingan dan pusat kawalan keselamatan sementara.

Saudi Press Agency (SPA) melaporkan undang-undang tersebut berkuat kuasa hingga 20 Jun 2024.

Menerusi peraturan terbaharu itu, mana-mana warganegara, pemastautin dan pelawat yang didapati melanggar peraturan akan didenda SAR10,000 (RM12,549).

Pihak Keselamatan Awam juga menetapkan bahawa pemastautin akan dihantar pulang ke negara asal mereka.

Dalam masa sama, mereka terbabit juga dilarang memasuki semula Arab Saudi untuk tempoh tertentu seperti yang ditetapkan oleh undang-undang.

Sementara itu, bagi individu yang melanggar peraturan secara berulang, Arab Saudi mengenakan denda sebanyak dua kali ganda.

Selain itu, individu yang ditahan membawa jemaah tanpa tanpa permit haji akan berdepan hukuman penjara sehingga enam bulan dan denda sehingga SAR50,000 (RM62,748).

BACA JUGA Gempar polis dah rampas telefon ibu bapa Zayn Rayyan

Â