Lagi gempa bumi landa Sabah

Satu gempa bumi lemah berukuran 3.3 magnitud berlaku di perairan Sabah kira-kira pukul 2.49 petang tadi.

Gempa tersebut berlaku pada jarak 50 kilometer (km) timur dari Semporna, menurut maklumat di Facebook rasmi Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) hari ini.

Jelasnya, gempa tersebut berpusat pada kedalaman 10 km dan pada koordinat 4.4° Utara dan 118.9° Timur.

Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami dikeluarkan susulan kejadian itu.

Pada 27 Januari lalu, gempa bumi berukuran 3.6 magnitud berlaku pada jarak 57 km dari Sandakan.

Pergerakan mengejut permukaan bumi itu berpusat pada kedalaman 10 km dan pada koordinat 6.2° Utara dan 118.4° Timur.

BACA JUGA Gara-gara ‘upah’ cecah RM1.55 juta, bekas Datuk Bandar ini diheret ke mahkamah