Letak al-Quran dalam runtuhan lakonan pembangkang

Oleh AHMAD MURSI

Akhirnya terdedah, pembangkang meletakkan al-Quran di bawah runtuhan bangunan untuk mengundang kemarahan umat Islam.

Walhal, kesemua al-Quran itu telah dialihkan sebelum operasi dan ini disahkan oleh penguatkuasa dan orang kampung sendiri. Tidak hairan semua al-Quran yang dikutip itu masih elok.

Isu ini sudah 19 tahun sejak Khir Toyo lancarkan Setinggan Sifar 2005 bermula tahun 2000-an. Cukup lama untuk semua setinggan buat persediaan kerana mereka telah dimaklumkan dan ditawarkan Rumah Kos Rendah (RKR) tahun 2006 lagi.

Sejak Julai 2006, 101 rumah telah diroboh dan tinggal 80 rumah sahaja yang mahukan pampasan berbanding rumah. Ada juga yang tidak lulus pinjaman bank.

Kerajaan putuskan hanya setinggan yang mendiami di situ termasuk penyewa layak menerima subsidi RKR dan sewaan.

Pada 2016, jumlah setinggan naik semula dari 80 menjadi 204 buah rumah iaitu bertambah 124 buah! Ada juga yang menjual tapak itu dengan murah.

Kawasan ini juga menjadi lubuk warga asing yang tiada permit.

Kini siapa yang beli rumah di Selangor akan faham betapa perlu kerja keras untuk memiliki kediaman di ‘lubuk emas’ ini.

Jika menceroboh tanah boleh dapatkan rumah dengan mudah dan murah, ramailah akan buat agar anak cucu selepas ini bolehlah mendapat pampasan atau rumah murah.

Namun, zaman itu dah berakhir sejak kempen Setinggan Sifar 2000an – 2005. Tanpanya, wajah Selangor mungkin tidak seperti hari ini yang lebih teratur.

Setinggan ini mengundang pelbagai masalah antaranya isu pencemaran, pembetungan tidak diurus dengan baik, kebersihan, sarang penagih, jenayah, curi elektrik air dan lain-lain.

Ramai peneroka bandar yang dulunya menerima tawaran beli rumah PPRT bernilai RM25,000 hingga RM35,000.

Ada dapat pampasan jadikan nilai itu lebih rendah. Kini tersenyum lebar kerana kini nilainya dah mencecah RM200,000.

Azmin Ali yang jadi MB Selangor 2014 hingga 2018 seperti ‘hero masuk kampung Makmur’. Walhal, dia pun tidak dapat menawarkan penyelesaian yang ‘hebat’ buat setinggan itu.

Selama 19 tahun proses perobohan tertangguh dan penduduk menyaman PKNS tahun 2022. Akhirnya, pada 11 Disember 2023, proses mahkamah selesai dengan PKNS diberikan writ pemilikan.

Atas budi bicara dan ehsan, Kerajaan Negeri setuju menawarkan seunit rumah Selangorku RM65,000 (750 sqft) dan saguhati RM1,000 kepada 21 setinggan asal ikut bancian 2006 dan 2016.

BACA JUGA Gara-gara ‘upah’ cecah RM1.55 juta, bekas Datuk Bandar ini diheret ke mahkamah

Â