Lebuh raya utama sesak, esok dah mula sekolah
Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan perlahan menjelang pembukaan persekolahan esok.
Antara lebuh raya yang menyaksikan pertambahan kenderaan yang bermula sejak tengah hari tadi ialah Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS), Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuh Raya Pantai Timur (LPT).
Menurut Lembaga Lebuhraya (LLM), trafik perlahan di Lebuh Raya KLK arah barat melibatkan laluan Bentong ke Lentang, Genting Sempah ke Gombak dan Hentian Sebelah Gombak ke Plaza Tol Gombak.
Menerusi maklumat perkembangan di Facebook, LLM memaklumkan, trafik perlahan di Lebuh Raya KLK arah barat melibatkan laluan Bentong ke Lentang, Genting Sempah ke Gombak dan Hentian Sebelah Gombak ke Plaza Tol Gombak.
Sementara itu, di PLUS arah selatan, trafik perlahan dari Plaza Tol Sungai Besi ke Pusat Bandar, Seremban ke Bandar Ainsdale, Simpang Ampat ke Port Dickson dan Ayer Keroh ke Simpang Ampat.
“Turut sesak di laluan Machap ke Simpang Renggam dan Sedenak ke Simpang Renggam.
“Bagi arah utara pula, melibatkan laluan Sungai Petani ke Bertam, Bertam ke Sungai Dua, Permatang Pauh ke Perai, Bukit Tambun Utara ke Bandar Cassia, Kuala Kangsar ke Terowong Meru, Simpang Pulai ke Gopeng, Gua Tempurung ke Tapah dan Sungai Buaya ke Rawang,” menurut LLM lagi.
BACA JUGA Pengasuh Zayn Rayyan, dua individu pula dipanggil polis