Pengasuh Zayn Rayyan, dua individu pula dipanggil polis

Polis hari ini memanggil tiga individu termasuk pengasuh kepada Zayn Rayyan yang meninggal dunia akibat dibunuh di Damansara Damai, Disember lalu untuk dirakam keterangan.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, tiga individu berkenaan dipanggil di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya bagi membantu siasatan kes pembunuhan berkenaan.

“Selain pengasuh, dua lagi yang direkod keterangan adalah ahli keluarga kepada pengasuh itu.

“Ini merupakan sebahagian daripada proses siasatan, beberapa saksi lain juga mungkin akan dipanggil sekiranya ada keperluan untuk membantu siasatan,” dipetik Sinar Harian.

Sebelum ini, dilaporkan pihak polis merampas telefon bimbit ibu dan bapa mangsa bagi membantu siasatan.

Pada 31 Mei lalu, polis menahan ibu bapa Zayn Rayyan di sekitar kawasan Puncak Alam kira-kira jam 11 pagi, sebelum direman selama tujuh tujuh hari di Mahkamah Majistret Petaling Jaya keesokan harinya.

Zayn Rayyan ditemui meninggal dunia di anak sungai berdekatan kawasan Apartmen Idaman, Damansara Damai jam 10 malam pada 6 Disember tahun lalu.

Kanak-anak autistik berkenaan dilaporkan hilang di kawasan kediamannya sebelum ditemui terbaring di sungai yang jaraknya kira-kira 200 meter dari blok kediamannya.

Polis mengesahkan mangsa dipercayai dibunuh susulan hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher dan tubuh kanak-kanak yang mempunyai kaitan akibat perbuatan jenayah.

BACA JUGA 1.8 juta pengunjung PBAKL bukti ekonomi negara kukuh, penerbit untung berganda, ada lepasi sasaran 200 peratus

Â