Polis siasat jeritan menyeramkan berulang menjelang tengah malam
Polis di daerah Menteng dalam wilayah Jawa Barat melakukan siasatan di lokasi yang dikatakan penduduk mendengar suara wanita menjerit seperti kesakitan didengari menjelang tengah malam.
Jeritan menyeramkan itu yang sudah kedengaran selama beberapa hari turut sempat dirakam dan tular di media social.
Menerusi rakaman video tular tersebut, suara jeritan tersebut kedengaran jelas.
Menurut keterangan video, suara menyeramkan itu didengari selama beberapa hari pada waktu sama iaitu sekitar pukul 11.46 malam (waktu tempatan).
Ketua Perhubungan Awam Polis Kota Bogor, Inspektor Eko berkata, pihaknya melakukan siasatan di lokasi rakaman dibuat bagi mencari dari mana suara itu datang.
Video tersebut menjadi tular dan menerima pelbagai komen netizen dengan ada yang mendakwa bahawa ia adalah suara musang, dan bukan manusia.
“Itu bunyi musang. Dekat rumah saya tiap malam ada bunyi begitu,” kata warga maya.
BACA JUGA Sah PKR letak calon bertanding di PRK DUN Sungai Bakap