Baru tahu datuk Zayn Rayyan dah lantik peguam baru

Datuk kepada kanak-kanak austime Zayn Rayyan Abdul Matiin iaitu Zahari Mohd Reba sudah melantik peguam baharu bagi mewakili ibu bapa Zayn yang kini berada dalam tahanan reman.

Memetik laporan BH, Mohd Reba mengesahkan sudah melantik peguam baharu.

”Maaf ya… buat masa ini saya tidak boleh beri apa-apa kenyataan lagi atas nasihat peguam,” katanya hari ini.

Bermula hari ini, peguam kepada ibu bapa kanak-kanak autisme itu mengesahkan beliau tidak lagi mewakili pasangan berkenaan.

Mahmud Jumaat dari Tetuan Emir Mahmud & Co berkata, keputusan tidak mewakili kepada kedua ibu bapa Zayn Rayyan dibuat di atas faktor-faktor tertentu.

Katanya, keputusan untuk tidak lagi menjadi peguam kepada mereka diputuskan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Sebelum ini, Mahmud dilantik keluarga ibu bapa Zayn Rayyan selepas pasangan berusia 28 tahun itu ditahan polis di kediaman keluarga mereka di Puncak Alam 31 Mei lalu.

Kedua ibu bapa Zayn Rayyan kemudian direman selama tujuh hari bermula Sabtu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

BACA JUGA Gempar peguam ibu bapa Zayn Rayyan tarik diri, apa dah jadi?