MeTMalaysia keluar amaran, ini senarai negeri, daerah dijangka alami ribut petir
Daerah Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang dijangka mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga jam 6 petang ini.
Ramalan itu dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini dan menjangka terdapat lagi beberapa negeri turut mengalami cuaca sama.
MetMalaysia memaklumkan, cuaca hujan disertai ribut petir juga dijangka melanda Kuala Lumpur dan Putrajaya.
”Selain itu, beberapa kawasan (juga dijangka hujan beserta ribut petir) iaitu di Perak (Kampar, Batang Padang dan Muallim); Pahang (Tanah Tinggi Cameron dan Rompin); Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Port Dickson dan Rembau).
”Di Johor pula melibatkan daerah Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang dan Mersing manakala Sarawak di Sarikei (Pakan, Julau dan Meradong), Sibu, Mukah (Dalat dan Mukah) dan Bintulu (Tatau).
”Di Sabah pula ia dijangka melibatkan kawasan pedalaman iaitu Nabawan), Pantai Barat (Ranau), Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat (Kota Marudu dan Pitas),” maklum jabatan itu menerusi Facebook rasminya, hari ini.
MetMalaysia turut memaklumkan, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
BACA JUGA Berapa harga lembu korban tahun ini?
Â