Pengasas, pemilik Sabasun meninggal dunia, hilang sebutir permata

Kemaskini | Pengarah Urusan Sabasun HYPErRUNCIT Sdn Bhd, Che Salmi Che Ibrahim dimaklumkan telah meninggal dunia di Hospital KPJ Ampang Puteri, Kuala Lumpur.

Perkara tersebut dikongsikan seorang pengguna Facebook, Muammar Qazafi yang memaklumkan arwah menghembuskan nafas terakhir pada jam 4.45 pagi tadi.

Dilaporkan, Allahyarham meninggal akibat kanser.

Katanya, jenazah akan dibawa pulang dan dikebumikan di Kuala Terengganu.

“Dukacita dimaklumkan bahawa sahabar baik kita Hj Che Salmi Che Ibrahim telah dijemput Allah pada jam 4.45 pagi td di KL.

“Jenazah akan dibawa pulang dan dikebumikan di Kuala Terengganu. Alfatihah,” tulisnya.

Berita pemergian Che Salmi turut dikongsikan beberapa pengguna media sosial termasuk Pemuda Pas Terengganu.

Allahyarham antara penyumbang besar kepada Palestin dan berani menyatakan boikot secara terang-terangan terhadap semua produk Israel di Sabasun HYPErRUNCIT

Pada Februari tahun ini, kedai itu mengumumkan tidak lagi menjual sebarang produk yang memberikan keuntungan kepada negara haram Israel, termasuk jenama Nestle.

Syarikat Sabasun yang ditubuhkan pada 2 April 1995 di Terengganu itu masih bertahan sehingga ke hari ini.

BACA JUGA Bimbang ‘Banjir Baling’ berulang, penduduk gesa Kedah henti pembalakan Hutan Simpan Gunung Bongsu

Â