Cukai jalan kenderaan elektrik adil, sebelum ini orang kaya ambil subsidi petrol lebih banyak

Kadar fi Lesen Kenderaan Motor (LKM) bagi kenderaan motor tanpa pelepasan (ZEV) atau kenderaan elektrik adalah adil, menurut seorang pemerhati Adib.

Menerusi laman X @realadib, beliau berkata, cukai EV pada masa ini dinikmati oleh orang kaya.

“Mereka sebelum ini ambil subsidi petrol lagi banyak dari orang bottom M40 dan B40.

“Banyak macam mana? Mereka lebih banyak guna kereta ie pergi kerja, hujung minggu jalan-jalan.

“Tapi sekarang, mereka dah beralih ke EV.

“Secara tak langsung, mereka tak ambil dah subsidi minyak,” katanya.

Semalam, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengumumkan kadar fi Lesen Kenderaan Motor (LKM) bagi kenderaan elektrik ditetapkan berdasarkan kuasa motor elektrik, berkuat kuasa 1 Januari 2026.

Menurutnya, kadar fi baharu itu adalah 85 peratus lebih rendah berbanding kadar sedia ada yang bertujuan menggalakkan rakyat beralih kepada penggunaan kenderaan elektrik.

Loke berkata, kadar fi itu akan disemak semula setiap lima tahun sekali bagi memastikan keberkesanannya untuk menggalakkan peralihan kepada kenderaan bebas asap dan kesannya kepada pendapatan kerajaan.

Mengulas lanjut, Adib berkata, dalam senarai barangan dikenakan duti eksais, kenderaan bermotor paling mahal.

“Nak kata tak adil sebab EV sekarang all tax free, kita kena ingat, mereka juga pembayar cukai yang terbanyak.

“Cukai dari duti eksais dan duti import bukan banyak pun. Eksais RM10.2 bilion saja.

“Kita kata, 90 peratus duti eksais datang dari kenderaan bermotor, maka dalam RM9 bilion hasil dari automotif.

“Sedangkan, subsidi petrol dan diesel cecah RM40 billion.

“Kalau pendapatan hanya berkurang RM1 bilion, tapi perbelanjaan turut berkurang RM2 bilion, saya lebih suka cari ini.

Give and take. Kalau semua perkara nak tekan T20 pun payah juga,” katanya juga.

BACA JUGA Pyanhabib dijemput Ilahi pada ‘usia subsidi’

Â