Lepas SPM keluar, 22 badan biasiswa menanti pelajar cemerlang

Pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kini sudah boleh meneroka peluang untuk mendapatkan biasiswa bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Terdapat lebih 50 senarai biasiswa ditawarkan melibatkan kerajaan, separuh kerajaan, syarikat korporat, bank dan juga yayasan.

Biasiswa di bawah kategori kerajaan dan separuh kerajaan antaranya adalah Program Khas JPA-Mara, Biasiswa Penuh Tajaan FELDA dan MAIWP Scholarship-PICOM.

Bagi syarikat korporat pula, biasiswa yang ditawarkan antaranya Petronas Education Sponsorship Programme (PESP), Karangkraf Scholarship, DRB-HICOM Scholarship dan biasiswa Gamuda.

Seterusnya biasiswa di bawah kategori bank adalah seperti Bank Negara-The Kijang Scholarship, OCBC Bank Scholarship, Biasiswa CIMB Asean Scholarship dan Biasiswa Bank Pembangunan Malaysia.

Kemudian, turut ditawarkan adalah biasiswa di bawah Khazanah Watan, Yayasan UEM Scholarship, Yayasan TNB Scholarship, UNIRAZAK Scholarship, dan Al-Bukhary International Scholarship.

Berhubung tarikh tutup permohonan, ia boleh dirujuk pada poster digital yang dimuat naik Harapan Daily.

Untuk rekod, SPM 2023 menyaksikan seramai 11,713 calon meraih keputusan cemerlang gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran.

Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan berkata, pencapaian calon SPM bagi tahun 2023 di seluruh negara adalah lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

BACA JUGA Fahmi sering nantikan persembahan Pyanhabib

Â