Heboh jemaah haji bersenam ikut rentak muzik di Makkah
Tular rakaman video memaparkan kelakuan jemaah haji dari Indonesia yang kemudiannya mengundang rasa tidak puas hati orang Arab di Makkah.
Antaranya, mereka terbabit dilihat bersenam mengikut rentak muzik di tempat umum.
Walhal, tawaf, saie dan berjalan ke masjid sepanjang mengerjakan haji dan umrah itu merupakan satu bentuk senaman.
“Kenapa tidak dilakukan di hotel saja?” kata TikTokers Alman.
Bukan itu sahaja, malah terdapat warga Indonesia berjualan di bawah jambatan yang merupakan perkara dilarang oleh pihak berkuasa di Makkah.
“Bahkan, orang Arab dan warga Makkah tidak berani kalau ada polis, boleh ditangkap,” keluhnya lagi.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan agar tetamu Allah di Tanah Suci melakukan perkara-perkara ibadah yang sepatutnya.
Terdapat seramai 241,000 jemaah Indonesia menunaikan ibadah haji tahun ini.
BACA JUGA Selepas Don Daniyal ‘direhatkan’, ini reaksi penaja utama Salam Baitullah
Â