Selepas Don Daniyal ‘direhatkan’, ini reaksi penaja utama Salam Baitullah

Penaja utama rancangan Salam Baitullah, Olive House tidak berhasrat untuk menarik diri buat sementara ini walaupun pendakwah Ustaz Don Daniyal Don Biyajid direhatkan daripada bersiaran di Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Ia susulan isu pertikaian berkaitan pengacara itu di media sosial berkaitan kisah hidup Nabi Muhammad SAW.

Ketua Pegawai Pemasaran Olive House, Siti Rusyidah Yahya bagaimanapun menafikan dakwaan pihaknya akan menarik diri.

Menurutnya, Olive House sebagai penaja utama selama lima tahun bagi rancangan Salam Baitullah dan tidak berhasrat untuk menarik diri.

Jelasnya, Olive House mahu membantu masyarakat merealisasikan gaya hidup aafiyat dah salah satunya adalah dengan menaja program seumpama ini.

“Walaupun terpalit dengan kontroversi ini, Olive House akan terus menyokong asatizah.

“Malah, program Salam Baitullah ini turut membantu jemaah dan bakal jemaah mendapatkan perkongsian maklumat di Tanah suci,” dipetik BH.

Siti Rusyidah berkata, pihaknya akan menyokong setiap keputusan yang dilakukan oleh RTM berhubung isu berkenaan malah berharap dapat diselesaikan dengan baik.

Beliau berkata, Olive House adalah jenama yang dipercayai dan produk utamanya iaitu Olivie sudah pun terjual lebih sejuta botol sepanjang dipasarkan.

Ustaz Don Daniyal Don Biyajid direhatkan daripada bersiaran di RTM ekoran dakwaannya berkaitan kisah hidup Nabi Muhammad SAW.

Pendakwah itu antara lain mendakwa baginda pernah melamar seorang wanita, Ummu Hani sebanyak tiga kali dan cinta pertama Rasulullah.

BACA JUGA Tular dakwaan tentera siber PN boleh kaut RM1,500 untuk PRK Sungai Bakap

Â