Pengarah agensi kerajaan di Kelantan didakwa rasuah ratusan ribu ringgit

Seorang pengarah sebuah agensi kerajaan di Kelantan direman dua hari selepas ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri itu petang semalam.

Perintah tahanan reman yang bermula hari ini sehingga esok dikeluarkan Majistret Rais Imran Hamid.

Sebelum itu media melaporkan pengarah berkenaan ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes meminta rasuah.

Tertuduh didakwa menerima suapan bernilai hampir ratusan ribu ringgit sebagai dorongan untuk meluluskan kerja-kerja kontrak kepada pelanggan. 

Pengarah SPRM Kelantan, Rosli Husain, berkata suspek ditahan selepas memberi keterangan di pejabat SPRM petang semalam.

Penahanan lelaki itu bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 16 dan 17(a) Akta SPRM 2009.

BACA JUGA Sanusi dakwa projek mega di Kedah tak pernah gagal, cumanya…