Tular dakwaan tentera siber PN boleh kaut RM1,500 untuk PRK Sungai Bakap

Tular tangkap layar yang memaparkan tawaran kepada individu yang mahu menjadi tentera siber pro Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.

Pengguna X, @adamyusuf88 berkongsikan tangkap layar yang antara lain memaklumkan tentera siber akan dijanjikan elaun RM500 sebulan bagi satu akaun media sosial yang aktif.

“Ada member tersalah forward ke ni? Untunglah jadi walaun. Jadi, pembangkang pun masyuk.

“Patutlah ada dua tiga ekor sanggup khianat dan menjelma jadi walaun. Patutlah makin rancak walaun kat X ni,” kata Adam.

Tawaran itu juga menyebut mereka akan mendapat RM1,000 sehingga selesai PRK pada 6 Julai depan.

“Ini bermakna jika seseorang mempunyai akaun Facebook, TikTok dan Instagram dia akan menerima RM1,500 sebulan,” menurut tawaran yang tersebar di media sosial itu.

Rata-rata menyelar dan menyindir modus operandi PN yang bocor itu selain menganggap murahnya harga diri seorang walaun.

Ada juga secara sinis berpendapat diri mereka tidak layak untuk memohon ‘jawatan’ itu memandangkan tidak gagal dalam SPM.

“Bising setiap hari pembangkang tak dapat peruntukan tapi bayar cytro ada pula duit.

“Pro PN rupanya. Gaji baru RM1500 sebulan. Deskripsi kerja: memfitnah/3R

“PRK kalah nanti, kau percayalah satu sen bayaran pun kau tak dapat.

“Ini baru PRK. Bayangkan PRU16 nanti. Berapa banyak mereka sanggup keluar duit? Bila untuk bantu rakyat kawasan yang dah menang, alasan tiada peruntukan,” demikian antara komentar warganet.

BACA JUGA Ini sebabnya perlu segerakan wajib daftar akaun media

Â