Gempar reman ibu bapa Zayn Rayyan sambung enam hari

Gempar apabila reman terhadap ibu bapa kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, yang meninggal dunia akibat dibunuh di Damansara Damai, Disember tahun lalu, disambung selama enam hari di Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini.

Majistret, Ainaa Muhamad Kamal mengeluarkan perintah itu selepas membenarkan permohonan daripada pihak polis mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pasangan suami isteri itu, yang hadir di mahkamah dengan berbaju lokap berwarna ungu, direman sehingga 12 Jun ini.

Bagaimanapun, pihak media tidak dibenarkan untuk mengikuti prosiding itu, memandangkan ia masih lagi di peringkat permohonan untuk siasatan.

Sebelum ini, mereka direman tujuh hari bermula 1 Jun lalu.

Pada 6 Disember tahun lalu, Zayn Rayyan ditemui meninggal dunia di anak sungai, berhampiran kawasan Apartmen Idaman, Damansara Damai pada jam 10 malam.

Mayat mangsa ditemui oleh kumpulan penduduk yang menjalankan operasi mencarinya.

Mangsa sebelum ini dilaporkan hilang di kawasan kediamannya sebelum ditemui terbaring di sungai yang jaraknya kira-kira 200 meter dari blok kediamannya.

Polis mengesahkan mangsa dipercayai dibunuh susulan hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher dan tubuh kanak-kanak yang mempunyai kaitan akibat perbuatan jenayah.

BACA JUGA Ngeri terkurung dalam tempat simpan beg, kaki terseret tapi kena marah pemandu bas pula

Â