Aktivis reformis tidak dilupa, PM Anwar beri sumbangan
Golongan aktivis reformis yang setia menyokong perjuangan Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak penghujung era 1990-an sentiasa dalam ingatan Perdana Menteri.
Terbaharu, PMX menyampaikan sumbangan kepada seorang aktivis awal era reformasi yang kini menghidap penyakit buah pinggang tahap empat.
Anwar yang juga Presiden PKR memberitahu sumbangan itu disampaikan oleh Setiausaha Politik beliau, Farhan Fauzi yang menziarahi Azman Hassan atau terkenal dengan panggilan Bob Kelana Jaya.
“Saudara Bob tidak lagi mampu bekerja seperti dahulu dan mengesankan punca pendapatannya terutama untuk menampung kos perawatan dialisis dan ubat.
“Sebagai sebahagian daripada kerangka Ziarah Madani, saudara Farhan telah melawat saudara Bob baru-baru ini dan telahpun menyampaikan sedikit sumbangan daripada pihak saya.
“Saya amat berharap saudara Bob dapat segera sembuh dan dipulihkan tahap kesihatannya, insya-Allah,” katanya menerusi hantaran Facebook hari ini.
BACA JUGA Selepas dikecam malah pihak berkuasa diminta siasat, taklimat sensitif ini ditangguh