Bas rombongan guru bertembung treler, jumlah penumpang maut bertambah
Polis mengesahkan seorang lagi penumpang maut selepas bas ekspres membawa rombongan guru bertembung treler dalam nahas di Jalan Kuantan-Segamat, awal pagi tadi.
Ini menjadikan mangsa yang maut akibat tragedi itu meningkat kepada tiga orang.
Mangsa Hamzah Ahmad, 60, yang merupakan seorang guru meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan.
Sebelum ini dua mangsa dilaporkan maut iaitu penumpang bas, Hasnatul Adilah Hassan, 48, dan kelindan bas Mohd Adi Hasan, 29.
Guru terbabit maut di lokasi kejadian manakala pemandu meninggal dunia dalam perjalanan mendapatkan rawatan di hospital.
Dalam kejadian kira-kira pukul 12.40 malam tadi, sebuah bas yang membawa 39 orang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori treler di Kilometer 126 Jalan Kuantan-Segamat dekat Simpang Tiga Bahau di sini.
Difahamkan, bas ekspres berkenaan membawa guru Sekolah Kebangsaan Jeram, Masjid Tanah, Melaka menuju ke Terengganu bagi menyertai rombongan penanda aras.
Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila keadaan gelap di simpang tiga Bahau dan pemandu bas itu hilang kawalan dan melanggar sebuah treler membawa muatan gelung besi sebelum terbalik di cerun jalan.
BACA JUGA ‘Wahai walaun, bukan semua permohonan ini adalah Cina. Otak rasis’
Â