‘Wahai walaun, bukan semua permohonan ini adalah Cina. Otak rasis’

Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan menempelak kumpulan walaun yang mengaitkan program permohonan kewarganegaraan diadakan oleh DAP Johor dengan usaha menjadikan warga China sebagai rakyat Malaysia.

Syahredzan berkata, ramai orang Malaysia sendiri yang mempunyai asas untuk mendapatkan kewarganegaraan namun mereka tercicir disebabkan dokumentasi tidak lengkap.

Disebabkan itu katanya, program sedemikian dilakukan untuk membantu mereka tentang dokumentasi yang diperlukan untuk memohon kewarganegaraan.

“Setiap permohonan kena ada bukti dokumentasi sokongan! Ramai yang tidak tahu, jadi program macam ini bagitahu apa yang diperlukan. 

“Ada yang anak angkat, mak bapa rakyat Malaysia dan mahu jadikan anak Malaysia. Ada anak lahir kepada ibu Malaysia, tapi sebab tak daftar perkahwinan maka anak tak boleh dapat warganegara melalui kuatkuasa undang-undang.

“Saya cabar awak datang ke Pusat Khidmat Rakyat saya. Saya tunjuk berapa banyak permohonan kewarganegaraan yang ada yang kami dah nasihati. 

“Dan ini semua kes legit, bukan pelancong China macam puak walaun gemburkan,” kata Syahredzan.

Beliau membalas ciapan seorang pengguna X yang mempersoal bagaimana DAP boleh mendapat kuasa untuk meluluskan kewarganegaraan seseorang.

Individu itu mendakwa program tersebut telah dibuat di seluruh Pulau Pinang dan sekarang dipanjangkan ke seluruh Malaysia, selain mendakwa kawasan Lim Guan Eng ramai dah peroleh kewarganegaraan. 

“Macam mana Pengarah Kewarganegaraan DAP Pulau Pinang ni boleh buat dengan cepat dan tangkas.

“Ada jual kilo ke kewarganegaraan Malaysia? Tapi yang pelik, dia “tolong” tu semua orang Cina. Sangka baik, mungkin yang takdak warganegara semuanya orang Cina,” ciap pengguna menggunakan akaun @RMalanjum_

Perkara itu mengundang rasa tidak senang Syahredzan yang kemudian menegaskan bahawa bukan semua permohonan itu membabitkan bangsa Cina sahaja.

Katanya juga, permohonan yang akan dihantar ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) itu akan disemak dengan teliti oleh pegawai di sana dan bukan ditentukan oleh DAP.

“Sekali lagi saya cakap, jangan hina penjawat awam di JPN. Mereka teliti setiap permohonan untuk pastikan semua teratur. Baru hantar ke menteri. Datang orang macam walaun ni, dok hina mereka. 

“Lagipun wahai si rasis, Melayu-Bumi dah 70 peratus di Malaysia ni. Permohonan ni semua takkan tukar status demografi Malaysia.

“Oh dan lagi satu, wahai walaun, bukan semua permohonan ini adalah Cina. Otak rasis,” katanya.

BACA JUGA Pembangkang tak sempat ‘troll’ kerajaan Selangor, tiba-tiba air dah ada

Â