6 negeri kena berjaga-jaga, ribut dan hujan lebat ketika balik kerja petang ini

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan ribut petir dan hujan lebat melanda beberapa negeri sehingga jam 6 petang ini.

MetMalaysia memaklumkan, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di Perak melibatkan daerah Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak dan Batang Padang.

Manakala, ramalan cuaca yang sama juga dijangka berlaku di Pahang, Selangor dan Johor.

”Di Pahang melibatkan daerah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub dan Rompin.

”Di Selangor adalah kawasan Sabak Bernam, Klang dan Petaling. Di Johor pula melibatkan kawasan Segamat, Muar, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru,” maklum jabatan itu dalam satu kenyataan.

Sementara itu, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang juga diramal berlaku di Sabah dan Sarawak.

”Sabah melibatkan Tawau (Lahad Datu) dan Sandakan (Kinabatangan dan Sandakan).

”Di Sarawak pula kawasan yang diramalkan berlaku cuaca sedemikian adalah di Kuching (Bau dan Lundu), Betong (Pusa, Betong dan Saratok), Sarikei (Pakan, Julau dan Meradong), Sibu, Kapit (Song dan Kapit), Bintulu dan Miri (Subis).

”Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter (mm) per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

”Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.

BACA JUGA Lepas kerajaan bagi Akaun 3, muncul pula demonstrasi tuntut pengeluaran Akaun 1