Lepas kerajaan bagi Akaun 3, muncul pula demonstrasi tuntut pengeluaran Akaun 1

Biarpun KWSP memperkenalkan Akaun 3 yang membolehkan ahli mereka mengeluarkan simpanan bila-bila masa, namun masih ada desakan yang menuntut pengeluaran dari Akaun 1.

Hari ini dilaporkan satu demonstrasi aman diadakan di hadapan bangunan Menara Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Kwasa Damansara untuk menuntut kerajaan membenarkan pengeluaran bersasar kepada pencarum yang tiada lagi baki di Akaun 2.

Demonstrasi tersebut dilakukan sekumpulan pencarum bersama tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) supaya Akaun 1 (Akaun Persaraan) dibenarkan untuk dikeluarkan.

Ia turut disertai Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan.

Wan Saiful berkata, beliau bersama wakil NGO lain hadir menyatakan sokongan serta menghantar memorandum tuntutan kepada pihak KWSP bagi memastikan supaya suara rakyat sebagai pencarum dapat didengari.

“Apa yang dimohon oleh mereka yang berkumpul pada hari ini adalah pengeluaran secara bersasar, kalau betul-betul perlu baru boleh keluarkan. Ini jauh lebih rasional.

“Saya harap hari ini pihak KWSP dan kerajaan dapat mendengar rintihan dan keluhan daripada pencarum-pencarum ini sendiri.

“Saya akan terus bawa (tuntutan ini) di peringkat Parlimen tetapi kesukaran yang kita hadapi ialah kerajaan tidak dengar apa yang kita suarakan,” katanya ketika ditemui petugas media di hadapan Menara KWSP hari ini.

BACA JUGA Lelaki jerit dekat menteri kenapa minyak tak turun, relaks je Rafizi balas balik